AMIRUL COLLECTION

STYLES AND PRESTIGE

Tentang Kami

Wadah Sufi Enterprise adalah sebuah perusahaan membuat pakaian ibadah, kelengkapan haji umrah, busana lelaki dan wanita berjenama AMIRUL. Terbaru syarikat telah memperkenalkan kelengkapan sekolah jenama AMIRUL berupa uniform sekolah menengah dan rendah serta pakaian beragam termasuklah PBSM, pandu puteri, puteri islam, kadet remaja sekolah (KRS), bomba, pengakap, dan polis. Perniagaan ini telah beroperasi hampir 20 tahun dimana telah didaftarkan pada 25.08.1995. Lokasi pertama syarikat adalah di 12, Jalan Besar  Tambun, 31400 Ipoh, Perak.

 

 Perniagaan ini dipilih kerana kemahiran yang dimiliki juga menggunakan peralatan rumah yang sedia ada. ini dapat mengelakkan permulaan modal yang tinggi untuk memulakan perniagaan. Selain dari itu ada berbagai faktor luaran yang menyokong kami dalam memilih perniagaan ini diantaranyaialah senario kebangkitan Islam yang sangat hebat. Dalam era kebangkitan Islam sekarang, masyarakat Islam diseluruh dunia khususnya dikepulauan melayu begitu ghairah mengamalkan syariat-syariat Islam dalam semua aspek. Dalam berpakaian khususnya wanita islam telah sedar akan kewajipan menutup aurat dan berpakaian secara Islam. Fenoma ini tidak dapat disangkal lagi kemana-mana saja kita pergi dari hujung kampung hingga ketengah kota kita akan lihat wanita Islam bertudung dan berjubah bahkan kanak-kanak yang masih dipangkuan pun dipakaikan tudung oleh ibu-ibu mereka. Dari segi beribadah pula, kita dapat lihat pertambahan yang begitu drastik umat Islam bersolat di masjid-masjid baik lelaki mahupun wanita. Selain itu juga, dapat kita lihat kepada pertambahan quota untuk menunaikan haji setiap tahun.

 

 Justeru itu dapatlah disimpulkan bahawa keperluan dan permintaan kepada pelbagai peralatan ibadah dan pakaian umat Islam adalah tinggi dan semangkin bertambah. Permintaan yang tinggi untuk kelengkapan sekolah mendorong kami untuk mengeluarkan jenis pakaian ini pula. Memandangkan kuota pemborong pakaian beruniform agak sedikit, kami bersetuju untuk menjurus ke bidang ini bagi memenuhi hasrat pelanggan yang lebih senang membeli belah sesame Islam.